Sukan Hari Ini

Sambut Baik Hasrat KBS Bangunkan Hoki

KUALA LUMPUR: Bekas penyerang negara, Chairil Anwar Abdul Aziz menyambut baik hasrat Kementerian Belia dan Sukan mewujudkan program pembangunan sukan hoki mirip Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Katanya, sebagai sukan berpasukan berpotensi beraksi di Sukan Olimpik, pembangunan hoki harus dijadikan keutamaan.

“Memang sangat bagus sekiranya hasrat itu menjadi kenyataan. Saya menyokong sepenuhnya sebab hoki memang memerlukan program pembangunan lebih menyeluruh.

“Kalau kita lihat Australia (jaguh hoki dunia) juga mempunyai program pembangunan akar umbi yang menyeluruh.

“Jadi, kalau kita nak buat biarlah program itu benar-benar sistematik dan menyeluruh,” katanya.

Dia yang juga jurulatih SUKMA Terengganu berkata demikian ketika mengulas pandangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam yang menyatakan hasrat membangunkan program hoki mirip NFDP.

Pada masa sama Syed Saddiq turut berjanji tidak meminggirkan program pembangunan bagi sukan hoki negara lapor BHarian.

Chairil, 47, yang pernah beraksi pada dua temasya Sukan Olimpik (Sydney 2000 dan Atlanta 1996) percaya dengan tindakan itu saja dapat memastikan sukan hoki tidak terus ketandusan bakat pemain.

“Sekarang ini kita agak ketandusan pemain, jadi kita perlukan program yang betul. Kita tidak hanya terlalu bergantung semata-mata terhadap program Thunderbolts,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");