Perak Hari Ini

MB Perak Alami Jangkitan Ringan Di Kaki

IPOH: Keadaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang hadir ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak hari ini, yang berjalan dengan menggunakan ‘crutches’ atau tongkat ketiak mencuri tumpuan yang hadir di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Gambar beliau itu dikongsi oleh warganet menerusi beberapa laman sosial Facebook dan Twitter.

Ia termasuk akaun Facebook milik Ketua ARMADA Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh dengan kapsyen, “Patah sayap bertongkat paruh, amanah rakyat tetap ditunaikan”.

Menerusi satu kenyataan oleh Pejabat Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal kini sedang mengalami jangkitan ringan di bahagian kaki kiri beliau akibat ekzema.

“Susulan itu, beliau perlu menjalani rawatan antibiotik selama tiga hari dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di hospital.

“Bagaimanapun, Menteri Besar akan tetap menghadiri Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Negeri ke-14 Perak Darul Ridzuan serta menjalankan tugas-tugas rasmi yang lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");