Menerusi laman sosial Facebook peribadinya, Firdaus menjelaskan, saman fitnah ke atas Siti Kasim dibuat kerana peguam kontroversi itu telah memfitnahnya dalam laman media sosial sebelum ini.

“Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat dan kemudian… ini saman fitnah kedua saya selepas Arunakiri Nathan yang memfitnah saya sebelum ini. Insya-Allah ini bukan yang terakhir, minggu depan seorang lagi yang berprofil tinggi juga akan disaman.

“Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2 juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim atas kenyataannya dalam Facebook yang berbaur fitnah terhadap saya. Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang.

“Zaman kita berdiam diri dan diserang bertubi-tubi sudah berakhir. Kita perlu serang dengan ilmiah serta tindakan undang-undang. Doakan kemenangan kita semua. Semoga ada kebaikan daripada saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga,” kata Firdaus dalam entri yang dimuat naik awal pagi ini. – MalaysiaGazette