Sukan Hari Ini

The Fighters Sedia Kecewakan PKNP

KUANTAN: FELDA United FC yang mendapat tonik selepas menang 2-0 ke atas Kuala Lumpur (KL) kelmarin, mahu meneruskan aksi cemerlang apabila bertemu PKNP FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam esok.

Jika menang ke atas kelab dari Perak itu, ia akan membantu The Fighters menduduki tangga ke-10 Liga Super, sekali gus keluar daripada zon penyingkiran.

Pemain tengah, Christie Jayaseelan berkata, skuad itu tidak boleh terlepas mata kerana baki dua perlawanan menyaksikan pertembungan sukar menentang Pahang dan Kedah.

“Sudah pasti kami tiada pilihan lain dan perlu menang ke atas PKNP dan seterusnya bersedia untuk perlawanan bertemu Pahang dan Kedah.

“Saya percaya kemenangan ke atas KL (kelmarin) memberi semangat kepada semua pemain untuk meneruskan rentak kemenangan,” katanya.

Christie yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, fokus utama The Fighters ketika berkunjung ke Manjung malam esok adalah mencari gol awal bagi memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah.

“Kami tidak boleh memberi ruang kepada mereka dan dengan kelebihan beraksi di laman sendiri, pasukan kami juga perlu lebih berhati-hati dengan menyerap setiap asakan mereka,” katanya.

Ketika ini, FELDA United menduduki tangga ke-11 manakala PKNP pula ke-10 dengan masing-masing mengutip 15 mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");