Berita Hari Ini

Pengusaha Tanam, Proses Ketum Akan Dikenakan Tindakan

JEMPOL: Kerajaan negeri melarang mana-mana pihak menanam ketum di negeri ini walaupun ada dakwaan ia mengandungi khasiat tertentu dalam bidang perubatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata mereka yang menanam dan menjadikan tanaman itu sebagai minuman boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Dakwaan yang mengatakan tanaman itu berkhasiat belum dibuktikan secara saintifik, oleh itu kerajaan tetap melarang penanamannya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke kawasan penanaman ketum di FELDA Lui Selatan Dua, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penanaman pokok ketum di negeri ini, Aminuddin berkata, beliau memandang serius individu yang menanam pokok itu terutama di atas tanah milik kerajaan yang diceroboh.

“Hari ini saya masuk sendiri ke dalam ladang sawit dan dimaklumkan sebanyak 200 pokok ketum pernah ditanam di sini.

“Bagaimanapun pokok itu termasuk pondok yang dipercayai menjadi tempat memproses ketum sejak beberapa bulan lalu, sudah dimusnahkan pihak berkuasa,” katanya.

Aminuddin berkata, pokok kelapa sawit dan getah yang ditanam di atas tanah milik kerajaan seluas dua hektar itu tidak dimusnahkan.

Katanya, pemilik kebun yang menceroboh tanah kerajaan itu perlu membuat permohonan kepada kerajaan secara rasmi bagi mengusahakan tanah itu. – BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");