Perak Hari Ini

Perak Catat Peningkatan Kes Demam Denggi

IPOH- Kes demam denggi di Perak merekodkan peningkatan iaitu sejumlah 66 kes sehingga 13 Julai tahun ini dengan jumlah kes sebanyak 1745, berbanding 1679 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A.Sivanesan berkata sepanjang dua tempoh itu, dua kes kematian direkodkan akibat denggi iaitu masing-masing di daerah Kinta dan Manjung berbanding tahun lepas dengan jumlah kematian sebanyak empat kes.

Katanya, sebanyak empat daerah mencatatkan kes tertinggi iaitu di daerah Kampar dengan jumlah peningkatan sebanyak 109 kes, Muallim dengan peningkatan sebanyak 94 kes diikuti oleh daerah Batang Padang dengan cacatan 77 kes serta Hulu Perak sebanyak 68 kes sepanjang tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Daerah yang mencatatkan penurunan kes demam denggi pula ialah daerah Manjung dan Hilir Perak dengan jumlah penurunan kes masing-masing sebanyak 273 dan 126 kes.

“Selain itu, lokaliti hotspot melibatkan kawasan Pokok Assam Zon 1 di Taiping yang mana telah mencatatkan bilangan kes sebanyak 14 kes dan diikuti dengan Taman Rakyat Fasa 2 iaitu sebanyak enam kes,” katanya dalam satu sidang media di Klinik Kesihatan Chemor, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar orang awam supaya sentiasa berwaspada dan menjalankan aktiviti gotong-royong bagi mengelakkan sebarang kemungkinan lain.

Dalam perkembangan lain, semasa lawatan kerja, beliau mendapati bahawa klinik kesihatan yang dilawati mengalami masalah dari segi kemudahan namun laporan mendapati bahawa kadar lawatan adalah tinggi iaitu kira-kira 650 hinngga 700 orang.

Katanya, pihak kerajaan negeri akan sentiasa merancangkan pembangunan kesihatan buat rakyat di negeri ini memandangkan jumlah bilangan rakyat yang semakin meningkat.

“Satatus klinik akan dikemaskini dan selepas sesi pembentangan yang dibuat oleh pihak klinik, kita akan sedaya upaya mempercepatkan proses pemberian peruntukan, malah jika mendapat kelulusan, keperluan akan diberikan dalam tempoh satu bulan akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");