Perak Hari Ini

Perak Rancakkan Sukan Peringkat Negeri Dan Antarabangsa

IPOH- Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri Perak terus merancakkan sukan di negeri ini dengan kepelbagaian sukan di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabagsa bagi menjadikan negeri ini sebagai sebuah ‘Bandar Sukan’.

Exconya, Howard Lee Chuan How berkata, antara sukan yang telah berlangsung sejak tahun 60-an adalah Kejohanan Binabadan Mr Perak yang mewujudkan akan ekosistem sukan yang mampu menawarkan kepelbagaian malah akan menarik minat ramai ahli bina badan di negeri ini bagi mengikuti bidang ini.

“Tahun ini merupakan julung kalinya kerajaan negeri terlibat dalam penganjuran pertandingannya yang mana dilihat mampu menjadi platform kepada peserta serta merancakkan perlancongan negeri ini,” katanya dalam satu sidang media mengenai penganjuran Super Bodybuilding and Physique Championship 2019(Mr Perak) di Bangunan Perak darul Ridzuan, hari ini.

Selain itu kata Presiden Persatuan Bina Badan Negeri Perak, Freddy Yam, penganjuran pertandingan kejohanan secara besar-besaran bertujuan untuk melobi pertandingan Mr. Malaysia pada tahun 2021 kelak, namun pada tahun ini pertandingan Mr Malaysia akan diadakan di Sabah dan di Kedah pula pada tahun 2020,” katanya.

Tambah beliau, pada tahun ini juga, Perak akan memperkenalkan satu kategori baru iaitu kategori bina badan wanita.

“Sebanyak 16 kategori akan dipertandingkan pada hari pertandingan yang merangkumi sasaran sebanyak 200 orang yang mana akan diadakan di Sunway Lost World of Tambun pada 13 Julai bagi sesi pendaftaran dan sesi pengambaran diikuti pertandingan akhir pada 14 Julai bertempat di Syuen Hotel.

“Ahli bina badan Malaysia iaitu Sazali Samad turut akan menghadirkan diri bagi memberikan sokongan kepada para peserta,”katanya.

Dalam perkembangan lain, satu lagi kejohanan yang melibatkan sukan peringkat antarabangsa turut akan dipertandingkan iaitu Kejohanan Woodball Antarabangsa Terbuka Malaysia yang akan berlangsung pada 27 Julai sehingga 1 Ogos 201 di Padang Dr. Seenivasagam.

Kata Presiden Persatuan Woodball Negeri Perak, Abdul Raaud Dimin berkata, kejohanan tersebut merupakan pertama kali dianjurkan oleh pihaknya sebagai tuan rumah dengan bantuan kerajaan negeri yang mana akan melibatkan peserta dari luar negara antaranya dari China, Chinese Taipei, Indonesia, Singapura, Pakistan, Jepun dan Hong Kong dengan jumlah peserta seramai 100 orang.

Menurut beliau, pihaknya sebenarnya menghadapi masalah dari segi kewangan dan penyediaan gelanggang sehinggakan sukan tersebut tidak mendapat perhatian yang lebih serius dari rakyat di negeri ini.

“Kami berharap agar permainan ini mendapat perhatian pihak kerajaan untuk mendapat value yang tetap tetapi ianya tidak begitu luas serta mempunyai alatnya permainannya.

“Kami juga mempunyai juara dunia yang akan menyertai pertandingan pada hari berkenaan dimana sukan ini merupakan satu sukan jelajah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");