Panasnya Hari Ini

‘Perbalahan’ Anwar, Azmin: Itu Perkara Lumrah

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan ‘perbalahan’ antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai lumrah dalam parti.

Menurutnya, perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin terhadap sesuatu perkara sentiasa berlaku dalam mana-mana parti termasuklah PKR.

“Itu perkara lumrah. Saya anggap itu suatu perkara yang boleh parti uruskan. Insya-ALLAH,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pasar Borong Pandan di sini malam tadi, lapor Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ‘perbalahan’ antara Presiden PKR dan Timbalannya di Parlimen pada Rabu

Ditanya sama ada ‘perbalahan’ tersebut boleh melemahkan PKR, Saifuddin memberitahu ukuran sama ada parti lemah atau tidak adalah ketika pilihan raya.

“Ukuran sama ada parti itu lemah atau tidak, adalah bila tiba pilihan raya. Bila kita letakkan calon, kita berkempen pada waktu itu. Kalau rakyat tolak, itu menggambarkan kelemahan parti.

“Jadi saya fikir keadaan sekarang adalah satu keadaan di mana berlaku percanggahan pendapat, perbezaan pandangan tentang satu perkara,” katanya.

Selain itu, katanya, PKR mempunyai platformnya iaitu Biro Politik serta Majlis Pimpinan Pusat, dan situasi yang berlaku itu berada dalam kawalan parti untuk diuruskan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");