Perak Hari Ini

Rakyat Mohon Kerajaan Sediakan Pengangkutan Awam Ipoh- Taiping

IPOH: Pengangkutan awam merupakan satu kemudahan yang penting bagi memudahkan urusan seharian masyarakat bagi menjalani hari mereka dan ia merupakan satu kemudahan yang disediakan untuk semua bagi memudahkan mereka menuju ke sesuatu tempat.

Oleh itu, jika ketiadaan pengangkutan awam ia sedikit sebanyak akan memberi masalah kepada masyarakat kerana kemudahan tersebut dilihat sebagai sesuatu yang penting bagi sesetengah golongan yang menggunakanya.

Pekerja swasta, Mashitah, 33, berkata, pengangkutan awam merupakan sesuatu yang penting dan perlu disediakan oleh kerajaan untuk memudahkan lagi perjalanan pergi dan balik yang dihadapi olehnya.

“Kemudahan pengangkutan awam perlu disediakan dengan baik terutamanya bagi golongan bekerja seperti saya yang amat memerlukan, ini kerana sudah hampir 5 tahun saya perlu berulang alik daripada Taiping ke Ipoh untuk pergi bekerja.

“Kalau dahulu, terdapat bas untuk digunakan akan tetapi kini ia sudah tiada kerana tiada pengguna yang mahu menggunakannya dan perkhidmatan bas tersebut perlu dihentikan.

“Begitu juga dengan perkhidmatan kereta api (ETS), dulunya perkhidmatan tersebut ada tetapi jadual perjalanannya amat awal dan tidak sesuai untuk golongan bekerja disamping kos untuk perjalanan sehala amat tinggi iaitu RM20.

“Perkara ini sedikit sebanyak memberi impak yang besar terhadap saya kerana disebabkan itu saya terpaksa berulang-alik dan kos sebulan perjalanan saya boleh dikatakan amat tinggi dan memenatkan saya.

Beliau berkata demikian pada satu temubual khas yang dilakukan di Meru Raya, hari ini.

Ujarnya lagi, masalah itu sebenarnya dihadapi oleh ramai pihak dan perkara itu perlu dipandang serius oleh pihak atasan bagi melancarkan urusan masyarakat yang menggunakan kemudahan awam.

“Ramai lagi yang senasib dengan saya, hinggakan ada yang terpaksa mencari orang untuk berkongsi kenderaan (carpool) untuk menjimatkan kos akan tetapi konsep tersebut dilihat tidak boleh diguna pakai dan akan merugikan satu pihak jika tidak menggunakannya kerana ia perlu dibayar untuk sebulan iaitu sebanyak RM400.

“Saya ada menyewa bilik di Ipoh kerana saya memikirkan ia akan memudahkan saya sedikit akan tetapi atas faktor anak-anak saya yang masih bersekolah, saya terpaksa juga pulang untuk melakukan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu.

Menurut Mashitah lagi, beliau ada berjumpa dengan pihak atasan daripada kerajaan lepas untuk berbincang mengenai perkara ini, namun jawapan yang diberikan hanya lah disuruh untuk membuat petisyen agar perkara tersebut dipandang oleh pihak berkenaan.

“Saya berharap agar masalah ini didengari oleh pihak berkenaan kerana saya disini mewakil teman-teman saya yang lain untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan awam yang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

“Mungkin boleh diadakan satu inisatif mewujudkan komuter seperti negeri-negeri yang lain supaya kami dapat menggunakannya dengan baik disamping menjimatkan kos.

“Ataupun laksanakan satu syarikat perkhidmatan bas untuk orang awam dibawah kelolaan kerajaan kerana syarikat swasta dilihat hanya ingin mendapatkan keuntungan, dan jika tiada orang menggunakanya, mereka akan tamatkan perkhidmatan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");