Perak Hari Ini

Rakyat Tolak Cadangan Pengambilan Pekerja Asing Warga Afrika

IPOH: Sektor perladangan dikatakan telah mengalami kerugian besar atas sebab ketiadaan pekerja yang cukup bagi mengendalikan kerja-kerja dalam bidang tersebut.

Terdapat beberapa cadangan telah dikeluarkan bagi menyelesaikan kemelut yang diterima oleh industri perladangan itu antaranya penimbangan untuk membawa masuk pekerja dari negara Afrika yang dikatakan mampu menangani isu itu.

Seorang peniaga, Maria Kator, 59, berkata cadangan tersebut merupakan sesuatu yang tidak masuk akal dan mungkin akan mewujudkan satu suasana yang tidak disenangi oleh rakyat Malaysia.

“Kenapa perlu ditawakan pekerjaan kepada warga asing dari Afrika sedangkan kita mampu mengaji pekerja daripada negara kita sendiri untuk menyelesaikan masalah yang dialami.

“Sudah pastinya gaji yang diberikan kepada mereka tinggi dan apa salahnya gaji seperti itu diberikan kepada pekerja negara kita kerana bagi saya mereka juga mampu melakukannya disamping tiada pembaziran akan berlaku seperti contoh bayaran visa, pas pekerja serta kos membawa masuk mereka dapat dijimatkan.

Beliau berkata demikian pada satu temubual khas yang dilakukan di sekitar Bandaraya Ipoh, hari ini.

Warga asing dari kalangan Afrika ini sedikit sebanyak mampu memberi impak kepada pembangunan serta keselamatan di negara kita seperti yang dapat kita lihat di dada-dada akhbar berikutan wujudkan pelbagai kes jenayah yang melibatkan golongan tersebut,” katanya.

Seorang pelajar, Muhd Syamim, 24, berkata pengambilan pekerja dari Afrika mungkin akan meningkatkan kadar jenayah di negara kita seperti yang dilihat daripada kes kes yang telah berlaku di Malaysia.

“Saya sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana bagi saya kewujudan mereka di negara kita mungkin akan menyebabkan kes-kes jenayah juga akan meningkat.

“Seperti yang kita lihat warga Afrika di negara kita sering dikaitkan dengan masalah dadah, pergaduhan dan juga pembunuhan.

“Kita ambil contoh kes pembunuhan yang berlaku di negara kita tempoh hari yang dilakukan oleh warga negara tersebut, ia merupakan sesuatu yang dianggap sangat kejam hingga mengancam keselamatan kita sebagai rakyat Malaysia.

“Ini negara kita, mereka sepatutnya menunjukkan rasa hormat kepada rakyat Malaysia, ini tidak mereka menunjukkan sifat biadap seakan-akan negara ini mereka yang punya hinggakan pergaduhan boleh berlaku serta mereka juga mengambil kesempatan terhadap wanita-wanita untuk dijadikan keldai dadah dan pengambilan mereka perlu dihindarkan,” katanya.

Kerajaan perlu meneliti segala cadangan untuk membawa masuk warga dari negara tersebut secara terperinci bagi menjamin kemakmuran negara dapat dicapai dan kita bukannya mengatakan semua dari negara itu jahat atau sering menimbul masalah, akan tetapi demi atas faktor-faktor keselamatan, perkara tersebut perlu diperhalusi lagi.

Seorang pekerja di syarikat pengkomputeran, Nur Sabariah, 30, berkata cadangan tersebut perlu diperhalusi kerana sekarang pun kita berdepan banyak masalah yang ditimbulkan pekerja asing yang datang dari Myanmar atau Indonesia.

“Dahulunya kita mengambil pekerja-pekerja asing dari rantau Asean yang kita anggap sepatutnya lebih cepat menyesuaikan diri dengan kebudayaan dalam negara kita, sebaliknya menimbulkan banyak masalah yang lain.

“Saya sebagai rakyat Malaysia sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan itu dan perlu dikaji semula ekoran pelbagai maklumat dan laporan yang telah dibuat berhubung masalah yang ditimbulkan oleh warga Afrika yang berada dalam negara ini,” katanya.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil pekerja asing dari Afrika bagi menangani masalah keperluan tenaga pekerja asing dalam sektor perladangan pada masa akan datang.

Katanya cadangan tersebut wujud berikutan pekerja asing dari Indonesia dan Vietnam enggan datang untuk bekerja di negara ini disebabkan gaji yang diterima oleh mereka tidak jauh berbeza dengan negara asal.

Pada perkembangan sama, kenyataan tersebut telah ditarik semula oleh M.Kula dan mengatakan cadangan tersebut tidak akan diteruskan dan dikatakan telah disalah tafsir sehingga dikrikti ramai pihak dan juga telah menerima pandangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dengan mengatakan ia sebagai sesuatu yang tidak perlu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");