Berita Hari Ini

Rasuah Polis RM85, Penjara Tiga Bulan, Denda RM10,000

SEREMBAN: Seorang lelaki warga Myanmar dipenjara tiga bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memberi rasuah sebanyak RM85 kepada orang anggota polis Januari lalu.

Mustapha Kamal Mohd Hashim, 26, yang juga pemegang kad khas Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madiha Harullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberikan suapan wang tunai RM85 kepada Koperal Muhammad Hafizuddin Wahab sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana didapati menunggang motosikal tanpa lesen sah.

Perbuatan itu dilakukan pada 7 Januari lalu jam 1 tengah hari di Taman Jujur, Sikamat di sini.

Oleh itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan tertuduh dipenjara tiga bulan dan denda RM10,000, manakala tambahan lima bulan penjara jika gagal bayar denda.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");