Berita Hari Ini

Saya Tidak Sesekali Perkecilkan ATM – Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata beliau tidak sesekali memperkecilkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti didakwa pihak tertentu.

Katanya, kenyataannya `we can’t fight them’ pada sidang Kemuncak Keselamatan Asia Ke-18 di Singapura, baru-baru ini bukan bermaksud merendah-rendahkan keupayaan tentera negara.

“Malaysia tetap dengan pendirian berbaik dan tidak campur tangan dengan kuasa lain, sebaliknya negara kita terus memberi tumpuan kepada mencari penyelesaian berhubung keselamatan Asia Tenggara dan antarabangsa,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini, lapor BH Online.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-UMNO Arau) yang ingin tahu maksud `we can’t fight them’ yang diucapkan pada sidang Kemuncak Keselamatan Asia Ke-18, dan adakah ia merendahkan keupayaan ketenteraan negara.

Sementara itu, Mohamad berkata, Kementerian Pertahanan sedang menyediakan kertas putih pertahanan bagi membentangkan keperluan keupayaan ATM untuk 10 tahun akan akan datang.

Katanya, kertas putih itu akan dibentangkan dalam sesi Dewan Rakyat akan datang.

Mengenai kehadiran pasukan pengawal pantai China berhampiran perairan negara di Laut China Selatan, Mohamad berkata, pasukan berkenaan tidak pernah mengganggu pasukan keselamatan negara.

Katanya, sebarang pertelingkahan akan diselesaikan secara diplomatik, termasuk membabitkan tuntutan bertindih di perairan Laut China Selatan.

Mengenai Beting Patinggi Ali di perairan Sarawak yang dibimbangi Ahli Parlimen Arau diceroboh pengawal pantai China, Mohamad berkata, perkara itu tidak berlaku dan pasukan keselamatan negara membuat rondaan di kawasan berkenaan.

“Berhubung kenyataan Arau (Shahidan) mengenai negara kita tidak bersempadan dengan China, ia memang benar, namun pengawal laut China berada di perairan berkenaan atas faktor sempadan zon ekonomi eksklusif,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");