Panasnya Hari Ini

Sesiapa Saja Layak Jadi Penasihat BN – Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan sesiapa sahaja termasuk Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz layak menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) asalkan bersedia memainkan peranan sebagai Ahli Parlimen pembangkang.

Menurut BH Online, Najib yang juga bekas Perdana Menteri, berkata beliau tiada masalah sekiranya Ahli Parlimen Padang Rengas itu dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN asalkan pelantikan bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan terbabit dipersetujui parti komponen lain termasuk MCA dan MIC.

“Kalau dia mahu, dia (dipercayai merujuk kepada Mohamed Nazri) boleh menggantikan tempat saya sebagai penasihat BN. Tapi dia perlulah mainkan peranan dia sebagai seorang Ahli Parlimen pembangkang.

“Tanggungjawab pemimpin parti pembangkang bukan hanya untuk membangkang pihak pembangkang sahaja. Sekali-sekala pun perlu kritik kerajaan.

“Perlu ada semangat perjuangan untuk melawan kerajaan PH (Pakatan Harapan) dengan konsisten. Dan perlu juga mendapat persetujuan dari semua parti BN termasuk MCA dan MIC,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya malam tadi.

Biarpun tidak menyebutkan secara jelas siapa individu berkenaan, namun difahamkan beliau merujuk kenyataan Mohamed Nazri semalam yang mengingatkan Najib supaya tidak menggunakan parti untuk kepentingan dirinya.

Terdahulu, Mohamed Nazri berkata pelantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN dilakukan tanpa persetujuan pimpinan parti.

Malah, beliau juga mendakwa, Najib sebenarnya mahu dilantik sebagai Pengerusi BN, bukan jawatan diterimanya ketika ini.

Sementara itu, dalam satu lagi entri di laman Facebooknya, Najib mempersoalkan kenyataan Mohamed Nazri bahawa kerjasama BN dan PAS akan terjejas berikutan pelantikannya selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

“Hari ini dia kata kerjasama UMNO dengan PAS akan terjejas kerana saya diberi tanggungjawab untuk menjadi penasihat BN. Saya pun hairan dengan alasan yang dia beri.

“Kerana saya masih ingat selepas PRU-14 tahun lalu, dialah antara paling kuat membantah kerjasama dengan PAS. Masa itu, dia cakap lebih baik untuk UMNO bergabung dengan DAP kerana parti seperti PAS tidak ada masa depan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");