Perak Hari Ini

Sistem Perangkap Sampah Berteknologi Terkini Bakal Dibangunkan Di Ipoh

IPOH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah meluluskan dana peruntukan sebanyak RM2 juta bagi beberapa projek menaiktaraf kemudahan infrastruktur di sekitar Bandaraya Ipoh.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, antara projek yang tersenarai ialah projek pemasangan lampu diod pancaran cahaya (LED), kamera litar tertutup (CCTV), projek menaik taraf Taman Rekreasi DR Seenivasagam dan sebagainya.

Selain itu katanya dana tersebut turut termasuk meliputi kos bagi projek pembinaan sistem perangkap sampah yang bakal diwujudkan di sekitar Ipoh, bagi membendung masalah seperti banjir kilat.

“Projek pembinaan perangkap sampah itu menaik. Ia pertama di Malaysia. Sekiranya sistem itu berjaya, kita akan laksanakan ia ke kawasan-kawan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media lawatan kerjanya ke Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Paul Yong Choo Kiong serta Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Mengulas lanjut tentang projek perangkap sampah tersebut, Pengarah Jurutera Bandaraya Ipoh, Khairul Anuar Nordin berkata sistem yang diguna pakai ialah teknologi buatan tempatan dan terkini.

Katanya sistem perangkap sampah yang akan ditempatkan di tiga longkang utama di sekitar Bandaraya Ipoh itu berjumlah kos keseluruhan sekitar RM5000,000.

“Ia berfungsi dalam memerangkap sampah yang dibawa oleh air longkang. Apabila ia melalui perangkap sampah tersebut, sampah-sampah akan ditarik ke atas dan sampah itu dapat terus di bawa ke tapak pengumpulan sisa pepejal.

“Ini bermakna, air-air yang melepasi perangkap sampah itu akan mengalir dalam keadaan bersih,” katanya yang menjangkakan sistem tersebut akan siap untuk berfungsi dalam tempoh empat bulan lagi.

Dalam sidang media yang sama Zuraida berkata semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara digesa untuk menguatkuasakan undang-undang tempatan dengan baik.

Selain itu beliau turut menggesa agar semua PBT dapat mendekatkan diri dengan rakyat dan persatuan-persatuan penduduk khususnya dalam usaha menyampaikan sebarang maklumat berkaitan PBT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");