Berita Hari Ini

Suspek Disyaki Sebabkan Kebakaran Empat Buah Rumah Ditahan

SHAH ALAM – Polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun kerana disyaki menyebabkan kebakaran yang memusnahkan empat buah rumah di Kampung Bukit Kuda di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata lelaki berkenaan ditahan pada kira-kira pukul 5 pagi Ahad di taman permainan kanak-kanak berhampiran Stadium Kota Raja Klang.

“Siasatan awal kami mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah dan samun, suspek turut dipercayai mempunyai masalah gangguan mental,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor Bernama.

Tambah Nurulhuda suspek kini direman selama lima hari untuk membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Suspek dipercayai memberitahu jiran untuk membakar rumahnya beberapa hari sebelum kejadian.

Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berusia lima bulan nyaris terkorban dalam kebakaran yang memusnahkan empat buah rumah dalam kejadian pada kira-kira pukul 7.30 pagi semalam.

Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada tayar yang dibakar oleh suspek di hadapan rumahnya di Jalan Landasan Kampung Bukit Kuda sebelum ia merebak ke rumah bersebelahan.

Dua buah rumah lagi yang dilaporkan terbakar tidak berpenghuni.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");