Panasnya Hari Ini

Umno, PAS Teliti Piagam Bersama Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Umno dan PAS akan meneliti piagam bersama mereka dalam mesyuarat 10 Julai ini, kata Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Mesyuarat akan diadakan dalam bulan ini juga, insya-Allah 10 Julai.

“Dan di situ saya telah memberikan kepercayaan kepada timbalan presiden untuk mesyuarat bersama dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bersama-sama bagi meneliti draf perancangan piagam yang akan insya-Allah ditandatangani pada tarikh yang dipersetujui bersama antara PAS dan Umno,” katanya.

Zahid dilapor berkata demikian oleh Harakahdaily ketika ditemui di majlis jamuan raya bersama PAS dan Umno Bandar Tun Razak, semalam.

Piagam itu diusahakan bagi mengukuhkan kerjasama kedua-dua parti dalam bentuk lebih rasmi.

Umno dan PAS menjalinkan kerjasama yang dirujuk sebagai taawun secara terbuka dalam siri-siri pilihan raya kecil selepas kekalahan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini memberi gambaran kedua-dua parti akan bergabung bagi menghadapi PRU ke-15 lapor MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");