Perak Hari Ini

Daim Disaran Ambil Alih Menteri Kewangan Dari Guan Eng

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Shahidan Kassim percaya bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Daim Zainuddin mampu memulihkan keadaan ekonomi negara sekiranya mengambil alih jawatan Menteri Kewangan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng disifatkan gagal menjalankan tugas dengan baik sehingga menyebabkan kelembapan ekonomi negara, Shahidan berkata Daim mampu memulihkan kembali ekonomi negara berdasarkan pengalaman luasnya di dalam bidang berkenaan, lapor Utusan Online.

“Menteri Kewangan sekarang tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik, pasaran saham jatuh, nilai ringgit jatuh, malah Guan Eng juga sering mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak menguntungkan pasaran saham.

“Beliau (Guan Eng) melihat musuh-musuh politiknya adalah musuhnya dan diulang banyak kali sehingga menakutkan para pelabur,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan kontraktor Kelas F, di Kangar, Perlis.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar Daim mengambil alih jawatan Menteri Kewangan

“Saya percaya beliau (Daim) boleh lakukan yang terbaik untuk negara. Daim seorang yang kurang bercakap tetapi banyak buat kerja dan mampu kembali menggerakkan kembali ekonomi negara,” katanya lagi.

Sementara itu, Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau mendakwa para kontraktor bumiputera pada masa ini berhadapan dengan masalah apabila dilayan secara tidak adil.

Menurutnya lagi, hal ini berpunca daripada kelembapan ekonomi yang didakwa disebabkan menteri kewangan tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik lapor MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");