Berita Hari Ini

Guna Media Sosial Dengan Lebih Bertanggungjawab – Wan Azizah

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata rakyat perlu lebih bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial bagi memastikan keharmonian kaum di negara ini tidak terjejas.

Beliau menarik perhatian bahawa pengaruh media sosial dalam kalangan masyarakat sememangnya tidak boleh dinafikan.

“Kalau kita tengok sekarang, handphone itu tak lekang dari tangan, itu juga satu medium kalau salah guna akan jadi sesuatu yang boleh cetus pelbagai bahaya antara kaum,” katanya.

“Kita mahu perpaduan antara kita ini kita kukuhkan sebab ia adalah kekuatan kita. Janganlah dapat apa-apa (kandungan melalui media sosial) terus siarkan (kongsi), check dulu betul atau tidak,” katanya ketika berucap melancarkan Festival Merdeka #Perpaduandihati di sini hari ini, lapor Bernama.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");