Berita Hari Ini

Isu PRU15 Tak Berbangkit, Sekarang Masa Bina Negara, Kata TPM

PUTRAJAYA: Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata isu pilihan raya umum ke-15 tidak berbangkit kerana masa ini untuk membina negara dalam masa 4 tahun ini, selepas beberapa pemimpin Pakatan Harapan berkata gabungan itu mungkin akan kalah jika PRU diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan perdana menteri berkata memang Pakatan Harapan kena sedia bila-bila masa menghadapi pilihan raya memetik FMT.

“Kita tidak biasa ubah kerajaan dan ini pertama kali. Berilah peluang kerana kita tahu realiti dan dana negara. Ini kita terpaksalah hadapi,” katanya di kediaman timbalan perdana menteri apabila ditanya adakah PH sudah bersedia menghadapi PRU15.

Semalam, ketua strategi PPBM, Rais Hussin beri amaran PH tidak lagi mendengar suara rakyat dan ini boleh menyebabkan kekalahan dalam melawan Umno-PAS jika PRU diadakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata PH ada 3 setengah tahun lagi untuk menunaikan janji-janjinya dan melaksanakan projek-projek yang akan memanfaatkan rakyat.

Ditanya mengenai piagam kerjasama PAS dan Umno, Wan Azizah berkata ia hanyalah atas dasar politik.

“Nak buat satu piagam tu eloklah, tetapi kita selama ini nak buatkan yang lebih baik untuk negara dengan mengambil kira kita negara majmuk,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");