Perak Hari Ini

Kes Nora Anne: KKM Yakin Dengan Pakar Patologi Negara

IPOH- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak sebarang tindakan susulan yang ingin diambil oleh ahli keluarga Nora Anne Quoirin sama ada akan melakukan bedah siasat kali kedua di luar negara.

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, tindakan tersebut terpulang kepada keluarga Nora kerana mereka mempunyai hak terhadap mayat mangsa yang telahpun dituntut dari Jabatan Forensik.

“Pihak KKM memang yakin kepada profesionalism pakar-pakar patologi negara kita yang melakukan bedah siasat,” katanya dalam satu sidang media semasa mengadakan lawatan kerja di Kuil Sri Mariamman, di sini, hari ini.

Difahamkan, Ibu bapa Nora Anne, iaitu Maebh Jaseprine Quoirin dan Sebastian Marie Philipe dilaporkan telah meminta bedah siasat kedua itu dilakukan di Britain atau Perancis di mana siasatan polis mengenai kes itu sedang dijalankan.

Terdahulu, hasil daripada laporan bedah siasat mendapati remaja itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh panjang selain akibat tekanan berpanjangan

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Gopeng hari ini telah
membuat lawatan kerja bagi melihat sendiri kerosakan yang dialami oleh kuil Sri Mariamman ekoran dicerobohi oleh Pendatan Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia.

Katanya, kes pencerobohan tersebut diklasifikasikan sebagai kes terpencil dimana terdapat kerosakan yang agak meluas dimana tindakan selanjutnya akan diserahkan kepada pihak polis bagi menyelesaikan kes berkenaan.

“Walaubagaimanapun, pihak kuil amat bernasib baik kerana ada seorang penduduk Melayu yang menyedari kejadian ini dan memaklumkan kepada mereka sejurus selepas itu dimana suspek juga telah ditangkap dan mengaku bersalah.

“Kerajaan negeri juga akan membantu pihak kuil bagi membaik pulih kerosakan yang dihadapi malah, bagi mengatasi kejadian yang sama berulang kerajaan negeri berharap agar penguatkuasaan akan dapat ditingkatkan walaupun sudah ada penguatkuasaan berkata terhadap PATI di negara ini,” katanya.

Pengerusi kuil, M. S. Thanabalan berkata perbincangan awal menggenai anggaran kerosakan adalah sebanyak RM150,000 bagi keseluruhan kerosakan yang dihadapi.

Katanya, beliau berharap pihak lain dapat mengawal emosi dan tidak mengaitkan kes tersebut dengan sebarang kejadian rasis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");