Berita Hari Ini
Like

Kit Siang Tak Endah Ejekan, Seru Rakyat Atasi Ketakutan Antara Kaum

August 10, 2019
271 Views
0 Comments
3 minutes read
Kit Siang Tak Endah Ejekan, Seru Rakyat Atasi Ketakutan Antara Kaum

Ahli parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang mempertahankan pendiriannya berhubung pengenalan tulisan Jawi dan seni khat dalam buku teks Tahun 4 Bahasa Malaysia meskipun diejek hadirin program di kawasannya semalam.

Kerajaan sebelum ini memutuskan akan mengkhususkan tiga muka surat dan bukannya enam seperti rancangan asal dalam buku teks itu serta menjadikannya sebagai pilihan selepas bantahan kuat dari masyarakat bukan Melayu.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa penduduk di kawasan berkenaan yang masih tidak berpuas hati dengan Lim ketika beliau berusaha menjelaskan perkara itu malam tadi.

“Orang Cina, Melayu dan India takut satu sama lain dan hidup dalam ketakutan. Kita mesti mempunyai keyakinan untuk membina Malaysia yang hebat bersama-sama.

“Kita berada dalam keadaan di mana orang Melayu takut orang Cina dan Cina takut Melayu. Dulu, DAP dituduh cuba menghancurkan orang Melayu dan sekarang DAP dituduh mengkhianati orang Cina.

“Kita perlu keluar dari (perspektif) ini. Budaya kita tidak boleh hilang begitu mudah … Jika hanya tiga muka surat (pengenalan tulisan Jawi) boleh membuat budaya Cina hilang, maka saya fikir ada yang tak kena,” katamya pada sidang akhbar di kawasannya pagi ini.

Masyarakat bukan Melayu sebelum ini memberikan pelbagai sebab untuk bantahan mereka terhadap pengenalan tulisan Jawi, termasuklah bimbang dengan Islamisasi.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik bagaimanapun mengaskan pendekatan kerajaan itu tidak seharusnya dilihat sebagai proses Islamisasi.

Sementara itu, Lim berkata beliau mengakui kegelisahan masyarakat bukan Melayu tetapi berkata terdapat juga keperluan untuk menggunakan perspektif yang lebih luas.

Beliau berkata DAP secara konsisten menentang sebarang percubaan asimilasi tetapi pada masa yang sama turut menolak pengasingan.

Integrasi, katanya, adalah cara untuk ke hadapan. Beliau berkata empat tamadun yang hebat adalah Cina, India, Islam dan Barat dan kekuatannya harus diperolehi untuk mencipta negara Malaysia.

“Jika Jawi diperkenalkan ke sekolah rendah Cina tanpa paksaan atau peperiksaan dan juga orang Melayu boleh belajar kaligrafi Cina tanpa paksaan atau peperiksaan, saya tidak melihatnya sebagai perkembangan negatif.

“Kita mahu semua kaum lebih memahami antara satu sama lain,” katanya.

Beliau juga mengulangi bahawa tulisan Jawi dan seni khat telah diperkenalkan dalam buku teks Tahun 5 Bahasa Malaysia di bawah pemerintahan BN sebelum ini.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa tapi kita ingin mengatakan bahawa ia sudah diperkenalkan sebelum ini, saya berpendapat bahawa kita perlu melihat perkara itu melalui perspektif yang lebih luas,” katanya.

Ditanya tentang ejekan yang diterimanya semalam, Lim berkata: “Saya tidak dipaksa turun atau dikejar,” katanya.-Mkini

Komen & Pendapat

Comments are closed.