Perak Hari Ini

Mariam Mokhtar Hanya Tahu Menegur, Tapi Tak Beri Solusi

Siapakah Mariam Mokhtar yang begitu lantang mengkritik segala perihal di Perak? Adakah beliau orang Perak? Atau telah menetap di Perak sejak sekian lama?

Ironinya, setiap keputusan yang dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sepertinya tidak kena gaya bagi Mariam Mokhtar sehingga perlantikan beliau dipertikai. Apakah Mariam sedang ‘declare war’ dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed?

Perlantikan Ahmad Faizal adalah atas pemilihan Tun M, dan siapakah Mariam dalam politik dan pentadbiran negara sehingga merasakan lebih cerdik dari Tun M?

Adakah Ahmad Faizal perlu meminta nasihat Mariam Mokhtar dulu baru boleh membuat keputusan?

Sejak dilantik menjadi Menteri Besar, apa yang jelas, Ahmad Faizal bukanlah individu yang mudah tewas dengan desakan. Sama ada desakan politik mahupun desakan dari segi pentadbiran. Setiap langkah yang diambil, sama ada akan diperbincang bersama barisan exco, ataupun Ahmad Faizal akan merujuk isu berkenaan dengan pemimpin yang lebih berpengalaman. Contohnya, Tun M sendiri.

Mudah. Sekiranya setiap tuntutan nak kena kotakan, bagaimana pula dengan soal pentadbiran. Adakah Mariam Mokhtar ni tau permainan yang sedang NGO-NGO Alam Sekitar ni buat.

Jika Ahmad Faizal ikut kan sahaja kata NGO, maka memang sah lah beliau umpama lembu yang hanya turutkan sahaja kata semua pihak.

Sebelum itu, ingin sekali bertanya pada Mariam Mokhtar, selain bergendang di media sosial. Berilmiah dan lantang mengkritik Ahmad Faizal, akan tetapi pernahkan Mariam bertemu MB sendiri. Berbincang dan menegur secara face to face?

Bentangkan solusi terbaik, sama ada kepada kerajaan negeri mahupun kepada orang asli. Mungkin Mariam Mokhtar telah mendengar cerita di sebelah orang asli, tapi bagaimanapula cerita di pihak kerajaan negeri?

Ada terdetik nak bertanya? Ada terdetik mencadangkang solusi terbaik? Jika tidak, maka sama sahaja Mariam Mokhtar seperti makcik makcik bawang di Facebook.

Isu orang asli di kampung Cunnex, difahamkan ia hanyalah permainan NGO. Ada agenda lain yang dimahukan dan menggunakan orang asli untuk mencapai misi agenda itu. Mungkin Ahmad Faizal dah berjaya menghidu gerakan NGO umpama sindiket scammer ni. Bagaimanapun, agak sukar untuk diumumkan kerana ia begitu rumit diperjelaskan.

Apa-apa pun, menuduh satu pihak tidak mendatangkan apa-apa faedah. Setahun pemerintahan di Perak, tidak sama dengan berpuluh tahun impaknya. Jangan hanya sibuk menegut tanpa sebarang solusi.

-Hasil Penulisan Pembaca Peraktoday-

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");