Berita Hari Ini

Permaisuri Agong Ucap Takziah Kepada Keluarga Syed Muhammad Danial

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga lelaki yang dilaporkan maut dalam perselisihan faham pada Sabtu di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Bandar Baru Bangi dekat sini, susulan satu kemalangan.

“Al-Fatihah. Takziah dari saya dan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah). Sedih sangat!” titah Raja Permaisuri Agong menerusi laman Twitter rasmi baginda, lapor Bernama.

Dalam insiden itu, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, dilaporkan maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu lelaki lain selepas berlaku perselisihan faham mereka yang didahului dengan satu kemalangan kecil.

Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kedua-dua mereka direman tujuh hari sehingga 17 Ogos ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");