Perak Hari Ini

Polis Tahan Reman Lelaki Ugut Bunuh Exco

IPOH- Seorang lelaki berusia 35 tahun telah ditahan reman selama empat hari ekoran tindakannya yang telah membuat ugutan bunuh menggunakan aplikasi pesanan Whatsapp terhadap seorang exco negeri Perak.

Terdahulu, Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Howard Lee Chuan How telah mengarah Setiausaha Sulit beliau pada 18 Ogos 2019 jam 6.56 petang membuat laporan di Balai Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berhubung ugutan bunuh berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Razaruddin Husain berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 507 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Siasatan dijalankan secara telus dan adil supaya tiada sebarang tindakan yang boleh menyemarakkan lagi kemarahan daripada mana-mana pihak ekoran kejadian itu.

“Pihak polis menasihatkan semua pihak terutamanya yang menjadi pentadbir kumpulan aplikasi pesanan supaya mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan berhubung dengan apa yang patut dan tidak patut dilakukan agar dalam kalangan ahli tidak melakukan kesalahan jenayah ataupun sehingga menggugat keselamatan dan ketenteraman Negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak polis juga telah merampas telefon bimbit milik susupek.

Mahkamah Majistret telah membenarkan suspek ditahan reman bermula 20 Ogos sehingga 23 Ogos 2019.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");