Perak Hari Ini

Program Korban Jalin Ukhwah Bersama Petugas Keselamatan

IPOH – Kelab Usahawan Bandar Meru Raya Perak menganjurkan Program Korban Ukhwah bersama anggota bomba dan polis bagi mengeratkan ukhwah sesama petugas keselamatan dan kelab.

Pengerusinya, Nassry Mardee Ismail berkata, program korban yang julung kali diadakan itu mendapat sambutan dan kerjasama memberangsangkan dari rakan strategik seperti Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun, Balai Polis Jelapang dan Balai Bomba Meru Raya.

“Lembu korban pada hari ini merupakan sumbangan daripada Pusat Khidmat Parlimen Tambun yang mana ianya memberi manfaat sebaik-baiknya buat mereka yang memerlukan.

“Dalam pada itu, pihak kelab juga berbesar hati dengan kerjasama Balai Bomba Meru Raya kerana menyediakan lokasi untuk menjalankan program ibadah korban ini,” katanya semasa program di Balai Bomba Meru Raya, hari ini.

Program yang dijalankan seawal pukul 9 pagi itu berlangsung secara bergotong-royong bermula daripada proses menyembelih, melapah daging dan memasak pelbagai hidangan.

Kata Nassry, setiap satu per tiga daging berkenaan akan diberikan kepada ahli kelab, masyarakat setempat dan peserta korban bagi program berkenaan.

“Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa yang datang bagi mengekalkan ukhwah antara orang awam dan para anggota keselamatan demi memastikan Bandar Meru berada dalam keadaan baik,” ujarnya.

Hadir sama, Ketua Balai Polis Jelapang, Ins. Rashidi Othman dan Ketua Balai Bomba Meru Raya, Sharudi Muhamad Halil.

Seramai 30 ahli kelab diikuti 25 orang anggota bomba serta 10 orang pegawai polis turun padang bagi menjayakan program berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");