Perak Hari Ini

PUO Galak Pelajar Ceburi Bidang Perniagaan

IPOH- Politeknik Ungku Omar (PUO) mengorak satu langkah kehadapan dalam usaha memupuk minat pelajarnya terhadap dunia perniagaan.

Pengarahnya, Dr Zairon Mustapha berkata, dalam kearah menjayakan usaha tersebut, PUO telah berkolaborasi degan pihak NADICORP Holdings Sdn Bhd dalam melancarkan program ‘Terra Dropship Challenge’.

“Terra Dropship Challenge adalah program bagi memantapkan kemahiran insaniah para pelajar dimana mereka (Nadicorp) akan menyediakan produk dan pihak politeknik pula menyediakan para pelajar.

“Tidak semestinya pelajar yang hanya mengambil kursus pemasaran sahaja yang akan menjadi usahawan, pelajar yang mengambil kursus lain juga mungkin akan lebih baik dalam bidang tersebut, jadi fokus perkara ini adalah kepada semua pelajar PUO,” katanya.

Selain itu katanya, program ‘dropship’ ini sebenarnya adalah satu kaedah mempromosikan dan menjual produk atau perkhidmatan menggunakan rangkaian internet atau pemasaran konvensional dimana mereka akan didedahkan dengan realiti cabaraan sebenar dunia ‘Digital Marketing’.

“Melalui program ini, mereka akan mempelajari pelbagai kemahiran lain yang tidak akan diajar di dalam bilik kuliah supaya para pelajar tidak mengalami kejutan budaya malahan industri sendiri dapat membezakan produk PUO dengan institusi-institusi lain,” katanya.

Dalam pada itu kata Pengerusi Eksekutif Nadicorp, Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, melalui anak syarikatnya Puspamara Sdn Bhd, pihaknya menyokong pendekatan tersebut bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan di Malaysia.

“Kerjasama bersama PUO dengan industri dilihat sebagi satu langkah yang baik untuk membantu graduan agar mudah memasarkan diri dan menembusi pasaran kerja selain meningkatkan tahap keupayaan diri serta memberi peluang untuk melihat pasaran kerjaya apabila mereka menceburi bidang pekerjaan kelak.

“Puo-Terra Dropship Challenge merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan untuk mendedahkan dan melatih pelajar akan cabaran yang akan mereka tempuhi di alam pekerjaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");