Berita Hari Ini

SAR Diteruskan Di Lokasi Mayat Nora Anne Ditemui

SEREMBAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan hari ini, di lokasi penemuan mayat Nora Anne Quoirin, 15, bagi mendapat petunjuk berhubung kes berkenaan.

Tinjauan pemberita di lokasi mendapati anggota pasukan keselamatan masih berada di kawasan ini dan meneruskan operasi SAR.

Difahamkan, kehadiran pihak berkuasa termasuk pasukan forensik bertujuan melakukan siasatan lanjut bagi mendapatkan petunjuk bagi membantu siasatan kes itu.

Dalam pada itu, suasana di kawasan resort penginapan Nora Anne dan keluarganya di Pantai, di sini, lengang.

Beberapa jentera turut dilihat keluar masuk dari kawasan resort itu dengan pintu masuknya dikawal oleh beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) selain beberapa petugas media menunggu di situ.

Selain itu, turut kelihatan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar keluar dari kawasan resort itu.

Nora Anne yang mengalami masalah lembam sebelum ini dilaporkan hilang di sebuah resort di Pantai, di sini, sejak 4 Ogos lalu sebelum pihak berkuasa melancarkan operasi SAR bagi mengesan remaja Ireland itu.

Selepas 10 hari melaksanakan pencarian, mayat gadis itu ditemui di kawasan lurah berhampiran anak sungai kira-kira 2.5 kilometer (km) dari resort berkenaan jam 1.57 tengah hari semalam.

Mayatnya kini berada di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJ) di sini, untuk proses bedah siasat.

Pihak polis dijangka akan mengadakan sidang media untuk memaklumkan perkembangan terkini berhubung kes itu dalam masa terdekat lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");