Membawang Hari Ini

Sekian Lama Sorok, Wajah Kekasih Ruhainies Tersebar?

Sudah hampir dua tahun menjalin hubungan cinta, pasti ramai tahu Ruhainiesmemberitahu dia belum bersedia untuk mendedahkan wajah kekasihnya yang dikenali sebagai Mr. E kepada umum.

Jika dikongsikan gambar di media sosial, pasti wajah kekasihnya akan dikaburkan. Bagaimanapun, baru-baru ini ada pihak menyebarkan wajah kekasih Ruhainies.

Menurut Miss K dari portal Astro Gempak, gambar itu diambil di sebuah majlis namun tidak diberitahu di mana atau bila gambar itu diambil.

Untuk pengetahuan anda, Mr. E sebaya dengan Ruhainies berusia 27 tahun. Difahamkan, Mr. E belajar dan bekerja di London sejak tujuh tahun lalu. Mr. E juga seorang ahli perniagaan dan memiliki tiga cawangan butik terkenal di Malaysia.

Memang sama cantik sama padan. Kacak orangnya, patutlah Ruhainies sorok wajah kekasih. Apa pun semoga hubungan cinta yang dibina sampai ke jinjang pelamin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");