Berita Hari Ini

SPRM Siasat Jika Masalah KLIA Ada Unsur Rasuah

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia melakukan siasatan terhadap masalah teknikal dan gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekiranya ada unsur membabitkan salah laku dan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata belum ada aduan diterima pihaknya dan masalah berkenaan dilihat lebih kepada isu teknikal.

“Setahu saya, kami belum mendapat sebarang aduan membabitkan salah laku dan rasuah dalam isu masalah sistem di KLIA.

“Jika ada, kita akan maklumkan. Buat masa sekarang, masalah gangguan sistem itu lebih cenderung kepada isu teknikal,” katanya katanya pada sidang media selepas Sesi Dialog Bersama Industri Hotel dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Primula Beach Hotel merangkap Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Terengganu, Suaibah Harun dan Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan.

Bermula Rabu hingga Sabtu lalu, kedua-dua terminal KLIA mengalami gangguan sistem yang menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang seperti sambungan wi-fi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS).

Masalah terbabit menyebabkan kelewatan dan penangguhan penerbangan di KLIA yang menjejaskan lebih 60,000 penumpang.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");