Berita Hari Ini

Subsidi Petrol B40 Diumum Dalam 2 Minggu, Kata Menteri

PUTRAJAYA: Putrajaya akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan subsidi petrol bersasar yang dijanjikan kepada kumpulan berpendapatan 40% terendah (B40) dalam 2 minggu lagi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun, katanya, ia tertakluk kepada persetujuan dan pandangan Kabinet.

“Saya minta sabar sikit, nanti saya akan umumkan dalam sidang media khas.

“Apa-apa pengumuman saya akan buat dalam tempoh 2 minggu lagi. Ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini, hari ini.

Dalam Bajet 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada November 2018, pemilik kereta berkapasiti 1,500cc dan motosikal berkapasiti 125cc akan menikmati subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter.

Menerusi mekanisme subsidi itu, pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal.

Saifuddin berkata, kes penipuan atas talian mengungguli carta aduan pengguna buat julung kali pada bulan lalu berbanding harga barang sebelum ini, diikuti aduan harga barang dan iklan mengelirukan.

Katanya, secara purata kementeriannya menerima 2,500 aduan setiap bulan dan 26% daripadanya ialah aduan mengenai penipuan atas talian.

Beliau menasihatkan pengguna melaporkan kes penipuan atas talian kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.

“Mereka (pengguna) cuma perlu failkan aduan kepada tribunal dan beri bukti kes. Selepas itu, tribunal akan buat pendengaran. Kalau (tribunal) puas hati, kita akan beri nilai ganjaran.”

Mulai Oktober ini, katanya, nilai pampasan dinaikkan daripada RM25,000 kepada RM50,0000  lapor FMT.

“Kita naikkan nilai ganjaran supaya dapat cetuskan rasa gerun kepada peniaga atas talian (untuk tidak menipu pembeli),” katanya sambil menambah kerajaan turut menjalankan kempen kesedaran secara berterusan bagi mengelakkan kes pengguna ditipu peniaga atas talian berterusan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");