Sukan Hari Ini

Tujuh Atlet Muay Thai Sandaran Ke Filipina

SELEPAS mengharungi Kejohanan Muay Thai Dunia di Bangkok berakhir hujung bulan lalu, Persatuan Muay Thai Malaysia akhirnya menemui calon pilihan untuk dibawa sebagai taruhan negara ke pentas Sukan SEA Filipina penghujung November ini.

Memetik laporan Harian Metro, hasil perbincangan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini, presidennya Datuk Muhammad Shahnaz Azmi menyenaraikan lima atlet dalam kategori A dan dua lagi dalam kategori B.

Lima atlet berkenaan adalah Mohamad Rifdean Masdor dalam kategori berat 45kg, Riedzwan Norsyahmie Daud (54kg), Mohd Fazzatkie Mohd Zaki (57kg), Mohamed Mahmoud (63.5kg) serta atlet wanita Nur Amisha Azrilrizal (54kg) sementara Zulhilmi Rosli (48kg) sebagai simpanan.

Dua lagi atlet diletakkan dalam kategori B, menyertai acara Mae Muay Thai, iaitu acara seni persembahan.

“Kami berpuas hati dengan pencapaian mereka di Bangkok di mana perancangan untuk menyenaraikan atlet untuk menyertai kategori berat badan lebih tinggi membuahkan hasil,” kata Shahnaz.

“Misalnya Rifdean kami naikkan dari 45 ke 48 kilogram dan berjaya mara ke final dan mendapat pingat perak. Begitu juga Mohamed yang meraih pingat gangsa di kejohanan itu.”

Mengenai perancangan seterusnya sebelum ke Sukan SEA, Shahnaz berkata atlet terbabit akan menyertai Kejohanan Muay Thai Asia Timur di Hong Kong, 14 Ogos ini selain Chungju World Martial Arts Mastership di Korea September ini.

Skuad Muay Thai menyasarkan satu pingat emas pada edisi Sukan SEA kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");