Berita Hari Ini

Tulisan Khat Adalah Seni, Tiada Kaitan Dengan Agama

PUTRAJAYA – Tulisan khat adalah satu cabang seni penulisan dan ia tidak membabitkan elemen keagamaan, demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum keresahan masyarakat Cina apabila kerajaan akan memperkenal tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun hadapan.

“We will discuss it further, but the thing is it is seni (Kita akan membincangkannya lebih lanjut, tetapi sebenarnya ia adalah seni),” katanya kepada media mengenai isu bantahan penggunaan tulisan khat, lapor Bernama.

Terdahulu Dr Wan Azizah melancarkan Pertandingan Video Kreatif “Hentikan! Stop It!” dan Soal Selidik Mengenai Gangguan Seksual di sini, hari ini.

Sabtu lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat boleh diteruskan dan bantahan sesetengah pihak mengenai perkara itu hanya melibatkan sebahagian kecil masyarakat.

Dr Wan Azizah berkata, beliau mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri itu namun akan berjumpa dengan beliau untuk berbincang lebih mendalam mengenai perkara itu.

“Saya mengambil maklum mengenai perkara itu dan saya akan bincang dengan Perdana Menteri, walaupun beliau telah mengeluarkan kenyataan kita akan berjumpa dan berbincang dengan lebih mendalam,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");