Berita Hari Ini

Twitter Mungkin Bocor Data Peribadi Pengguna Kepada Pengiklan

Syarikat Twitter berkata data peribadi tertentu pengguna mungkin telah menjadi sasaran pengiklanan tanpa kebenaran mereka susulan masalah penetapan rangkaian sosial, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut satu kenyataan, syarikat itu baru-baru ini telah mengesan masalah berkaitan pilihan penetapan, yang mungkin “tidak berfungsi sebagaimana yang diharapkan.”

“Jika anda mengklik atau melihat satu iklan untu satu aplikasi mudah alih dan seterusnya berinteraksi dengan aplikasi mudah alih itu sejak Mei 2018, kita mungkin berkongsi data tertentu (seperti kod negara, jika anda terlibat dengan iklan itu dan bila, maklumat mengenai iklan itu, dsb) dengan ukuran dan rakan pengiklan yang dipercayai, meskipun anda tidak memberikan kebenaran kepada kami untuk berbuat demikian,” kata syarikat itu.

Kenyataan itu menyebut bahawa syarikat tersebut mungkin telah menunjukkan kepada pengguna “iklan berdasarkan inferens yang kami buat mengenai peranti yang anda gunakan, meskipun anda tidak memberikan kebenaran kepada kami untuk berbuat demikian.”

Masalah itu telah dipulihkan pada 5 Ogos, namun siasatan masih dijalankan untuk mengetahui berapa ramai orang yang mungkin terjejas, kata syarikat tersebut.

Semua maklumat yang relevan akan dikongsi dengan pengguna, kata Twitter.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");