Panasnya Hari Ini

Umno Pekan Sahkan Najib Terima Ancaman Peluru

PETALING JAYA: Umno Bahagian Pekan hari ini mengesahkan pendedahan bekas perdana menteri Najib Razak bahawa beliau pernah menerima ancaman peluru yang dihantar ke pejabatnya pada November 2017.

Dalam satu kenyataan, ia berkata penembak yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah cermin tingkap 2 bilik di aras berlainan di bangunan pejabat Umno Pekan.

Ia berkata 1 tembakan mengenai cermin tingkap kakitangan parti di tingkat 4 dan 1 lagi di pejabat Najib di tingkat 5 lapor FMT.

Tembakan itu ditemui pada 13 Nov 2017, dan berkata kejadian itu berlaku pada hujung minggu 11 dan 12 Nov.

“Pihak polis membuat pemeriksaan dan siasatan selama 2 minggu. Bagaimanapun, dapatan siasatan tidak dimaklumkan.”

Menurut Umno bahagian itu lagi, Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan mengarahkan mereka memasang kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan itu untuk jaminan keselamatan.

“Pejabat Umno Bahagian mengambil langkah keselamatan dengan memasang CCTV serta memasang dinding bata di bahagian belakang tempat duduk ketua bahagian di tingkat 5,” katanya.

Rabu lalu, Najib mendedahkan beliau pernah menerima ancaman peluru yang dihantar sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu.

“Dia hendak hantar mesej kepada saya, sedangkan tahu saya tidak ada di sana. Dia (penembak) itu hantar peluru pada sudut cermin. Peluru itu ditembak pada jarak 200m.

“Polis masih tidak dapat kesan siapa pelaku. Senapang yang digunakan adalah jenis ‘long range’,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");