Perak Hari Ini

230 Anggota Bomba Ikrar Basmi Rasuah

IPOH- Seramai 230 orang anggota bomba negeri ini telah berikrar untuk membasmi gejala rasuah di peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata Bomba Perak dengan ikhlas hati melafazkan ikrar tersebut sepanjang melaksanakan tugas harian dan akan mengelakkan diri dari terjebak dengan unsur-unsur rasuah yang sememamangnya akan mendatangkan kerugian kepada masyarakat dan negara.

“Borang-borang basmi rasuah juga akan diedarkan kepada seluruh balai-balai bomba supaya mereka juga dapat melafazkan ikrar berkenaan kerana kita mahu kesemua anggota bamba di negeri ini yang berjumlah kira-kira 1,400 orang akan melafazkan ikrar basmi rasuah berkenaan.

“Kepentingan ikrar ini adalah untuk melahirkan perkhidmatan bebas dan bersih dari gejala rasuah yang berasaskan kepada peraturan atau prosedur yang ditetapkan malahan pihak JBPM juga akan mengkaji peraturan dan memperkasakan peraturan yang sedia ada untuk diperkemaskan sepanjang melaksanakan tugas harian kerana jika adanya kepincangan di dalam peraturan yang sedia ada, sudah tentu akan membuka ruang dan peluang kepada penjawat awam untuk mengambil rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak dan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perak (SPRM), Fatimah Hamid.

Dalam pada itu, turut berlangsung majlis penyerahan sembilan motosikal berkuasa tinggi model Kawasaki Versys sebanyak sembilan buah yang akan ditempatkan di balai bomba Tapah, Ipoh dan Taping serta kenderaan pacuan empat pacuan roda kepada balai bomba Meru Raya, Selama, Slim River dan Pantai Remis.

Ekoran dari itu katanya, melalui ikrar tersebut juga, penekanan akan diberikan kepada pihak yang mempunyai kepentingan dengan JBPM terutamanya pelanggannya iaitu sama ada, kontraktor, arkitek, konsultan atau sebagainya.

“Selain nasihat, beberapa program turut dilaksanakan dengan pihak berkenaan dengan penglibatan Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai bahayanya budaya rasuah jika kita menjadikannya sebagai amalan.
Kita mahu dalam perlaksanaan tugas, palnggan kita turut peka dengan peraturan dari JBPM iaitu mengelakkan dari memberi rasuah kerana mereka akan turut diikat dan terjerumus kepada tangkapan dan sebagainya,” katanya.

Katanya, beliau yakin bahawa dengan ikrar tersebut akan dapat meningkatkan komitmen semua pegawai bomba dalam meneruskan legasi perkhidmatan kepada rakyat bagi seleuruh negeri Perak berasaskan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");