Perak Hari Ini

Bomba Siap Siaga Hadapi Fasa Monsun Timur Laut

IPOH- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak berada dalam keadaan bersiap sedia dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi fasa peralihan monsun timur laut tidak lama lagi.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, sebagai sebuah agensi penyelamat utama negeri Perak, pihaknya menekankan isu-isu yang akan terjadi jika monsun timur laut berlaku dari segi penyelenggaraan peralatan-peralatan termasuk kenderaan di darat, di air dan juga peralatan-perlatan lain.

“Berdasarkan kepada laporan Jabatan Meteorologi, fenomena jerebu yang melanda negara akan tamat dan kita akan beralih kepada monsun timur laut yang mana akan menjurus kepada fenomena petir, kilat dan hujan yang menyebabkan banjir serta sebagainya.

“Ekoran daraipada peralihan monsun berkenaan, dengan kekuatan anggota yang sedia ada, mereka telah diberi penekanan dan latihan berkaitan dengan tindakan-tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku sesuatu insiden bukan setakat banjir sahaja tetapi juga berkemungkinan berlakunya bencana lain.

“Pemahaman tentang standard operasi juga telah kita tekankan bagi seluruh balai bomba yang mana kita mahu perkara ini dapat memberikan keyakinan mengenai pengetahuan tentang peraturan yang sedia ada supaya tindakan yang diambil adalah lebih cepat dan efisien,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak dan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara, di sini, hari ini.

Tambah beliau, bagi pihak JBPM pula, peralihan monsun timur laut yang berlaku akan memberi ruang kepada mereka untuk mengadakan perancangan sebagai langkah berjaga-jaga di mana akan diaplikasikan dengan berkesan sekiranya perkara ini benar-benar berlaku dan sudah pastinya untuk mencipta kemahiran dan kecekapan ini.

“Latihan setiap hari di balai akan dilaksanakan dan kajian-kajian kawasan akan dikenalpasti iaitu dimana kawasan yang akan berlaku risiko banjir, tanah runtuh dan sedang dilaksanakan oleh pengurusan balai di kawasan berkenaan,” katanya.

Kata Azmi lagi, satu kolaborasi dengan semua agensi penyelamat yang lain turut akan diadakan yang mana sebagai pasukan penyelamat, sudah pasti pihaknya mahu sesuatu dari agensi lain dan kolaborasi ini akan terus digerakkan malahan yang paling penting adalah tindakan mereka akan lebih cepat dan efisien dalam membantu masyarakat.

“Kepekaan masyarakat terhadap insiden yang berlaku juga harus diberikan keutamaan, masyarakat bukan sekadar memerhati tetapi melalui penulisan dan gambaran tetapi sepatutnya dapat mengambil langkah yang positif untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");