Perak Hari Ini

Anjur Makan Malam Amal Untuk Pesakit Kanser

IPOH: Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Masyarakat Prihatin Perak (Ukhwah) malam tadi telah menganjurkan Majlis Makan Malam Amal bagi tujuan memberi sumbangan dana kepada pesakit kanser payudara di Hotel Casuarina, Meru Raya, dekat sini.

Pengerusinya, Norhaslinda Zakaria berkata pada majlis tersebut seramai 10 pesakit kanser turut disantuni.

Ujarnya mereka terdiri daripada golongan yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 40an dan antaranya berasal daripada Kampar, Ipoh, dan Manjung.

Katanya dalam usaha murni tersebut, sebanyak 11 syarikat dan agensi berkaitan kerajaan (GLC) telah menyumbang kepada persatuan tersebut antaranya Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc), Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Perak Corps dan sebagainya.

“Kita pun tidak sangka terhadap sambutan yang diberikan ini kerana Ukhwah adalah pertubuhan bukan kerajaan yang masih baharu (NGO).

“Ini juga adalah program yang baru dan kita bersyukur kerana mendapat sokongan yang baik untuk kita memberi sokongan kepada pejuang-pejuang yang sedang mengharungi penyakit kanser payudara,” katanya.

Tambahnya lagi, pemilihan 10 pesakit kanser itu dipilih yang mana kebanyakan mereka memerlukan sokongan dari segi dana kewangan dan sokongan moral.

“Kita pergi ke klinik-klinik yang mana mereka ini masih lagi menjalani rawatan kemoterapi. Dan dari situ kita dapati mereka-mereka ini tidak dinaungi mana-mana yayasan atau NGO.

“Walaupun ini pertama kali namun sumbangan yang diberikan diharap dapat membantu meringankan beban yang mereka sedang tanggung,” katanya.

Katanya lagi Ukhwah turut merancang beberapa program atau usaha pada masa hadapan yang antaranya cadangan mewujudkan sebuah ‘bank makanan’ yang akan diberi nama ‘Teratak Ukhwah’.

Beliau berkata demikian selepas selesai Majlis Makan Malam Anjuran Ukhwah di Hotel Casuarina, Meru Raya, dekat sini, pada Isnin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim turut menyeru mana-mana agensi swasta dan badan korporat untuk memberi sumbangan kepada NGO supaya dana tersebut dapat disalurkan kepada yang memerlukan.

“Pada pandangan saya, NGO bukan sahaja boleh memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit sebaliknya mereka juga boleh memberi sokongan dari segi bentuk dalaman dan emosi kepada golongan seperti ini.

“Saya mengharapkan agar program seperti ini sentiasa dapat diberi perhatian sewajarnya oleh badan-badan korporat,” katanya.

Pada masa sama ujar Hasnul, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada NGO-NGO di Perak khususnya dalam mereka memastikan usaha membela golongan yang memerlukan sentiasa diteruskan.

Untuk rekod, NGO yang telah ditubuhkan pada tahun 2016 itu dinaungi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");