Perak Hari Ini

Ayam Brand Laksana Kempen Tangani Obesiti Dalam Kalangan Kanak-Kanak

IPOH- Jenama tempatan yang terkenal dengan rangkaian makanan dalam tin, Ayam Brand telah memperkenalkan konsep Pinggan Sihat 3S (Suku-Suku Separuh) kepada kanak-kanak bagi menangani masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengurus Pemasarannya, Nathan Deverre berkata, 3S adalah inisiatif dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai kadar obesiti yang tinggi dalam kalangan penduduk Asia.


“Perlaksanaan inisiatif oleh pihak Ayam Brand adalah untuk mengajar atau mendidik kanak-kanak mengenai cara pengambilan makanan secara sihat dan makan mengikut diet yang betul serta melengkapkan mereka dengan kemahiran dalam menyediakan hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia.

“Program pada hari ini pula adalah untuk mendidik anak-anak untuk menyediakan makanan yang seimbang di rumah dengan barangan yang kami sediakan dan akan dapat digunakan di rumah,” katanya ketika ditemui peberita semasa Kempen Peduli Komuniti Ayam Brand 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Perak untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-kanak di sini, hari ini.

Katanya, antara faedah program tersebut kepada kanak-kanak adalah mereka akan mendapat pendidikan sejak dari kecil dan akan dimanfaatkan pada masa akan datang malahan dapat diaplikasikan di rumah dan mereka juga akan tahu jenis makanan yang patut dan tidak patut diambil.

Acara pada hari ini dimulakan dengan pengenalan interaktif mengenai konsep #sukusukuseparuh, diikuti oleh pembahagian kepada tujuh pasukan yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak untuk menyediakan hidangan berdasarkan prinsip 3S dimana mereka perlu menyiapkan hidangan dalam masa 30 minit dengan bantuan daripada orang dewasa dan menggunakan resepi yang disarankan oleh pakar.

Tambah Nathan, setiap tahun pihaknya akan ke setiap negeri di Malaysia dan pada minggu lalu berada di Seremban kemudian akan bergerak ke Pulau Pinang di mana setiap satu minggu mereka akan bergerak ke negeri-negeri lain termasuk negeri pantai timur.

“Kami telah menjalankan kempen CSR selama 12 tahun dan saya rasa sudah tiba masanya untuk kami mengembangkannya demi memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak dengan menyampaikan mesej 3S melalui cara yang lebih mudah difahami,” katanya.

 

Seramai 28 orang kanak-kanak dari beberapa pusat jagaan dan murid sekolah telah mengikuti program yang mencabar dan menyeronokkan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");