Berita Hari Ini

Belia Menganggur Masih Tinggi Walaupun Jumlah Graduan Banyak – Maszlee

KUALA LUMPUR – Walaupun negara memiliki jumlah graduan ijazah kelas pertama yang ramai, namun tahap pengangguran di kalangan belia juga didapati masih tinggi, kata Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Sehubungan itu katanya, Kementerian Pendidikan amat mengalu-alukan kerjasama swasta-awam dalam membantu para graduan kekal relevan terhadap pasaran kerja dengan membekalkan mereka kemahiran yang tepat.

“Malaysia menghasilkan jumlah belia berpelajaran yang ramai, namun menurut penyelidikan Khazanah, pengangguran di kalangan belia kekal meningkat dengan ketara daripada 9.94 peratus pada tahun 2011 kepada 10.92 peratus pada 2018,” katanya semasa melancarkan program KPM-Celcom Siswapreneur@GoogleBootcamp 2019 di sini hari ini.

Katanya, beliau percaya sekiranya para graduan ini dibekalkan dengan kemahiran digital yang tepat menerusi kerjasama awam-swasta, jurang kemahiran dan ilmu pengetahuan ini boleh diatasi sekali gus membantu para belia.

“Khususnya program seperti KPM-Celcom Siswapreneur ini, adalah contoh Perkongsian Awam-Swasta bagi membangunkan usahawan digital di kalangan komuniti Institusi Pengajian Tinggi dan membekalkan para graduan dengan kemahiran pemasaran digital, selaras dengan aspirasi negara ke arah mewujudkan ekonomi digital yang kukuh,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");