Perak Hari Ini

Festival Ummatik 2.0 Seiring Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’

IPOH- Kerajaan negeri khususnya Jabatan Agama Islam Negeri Perak berusaha membina modal Masyarakat Rahmah melalui institusi masjid iaitu program Festival Ummatik 2.0 yang akan diadakan di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati Ipoh pada 4 hingga 6 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi berkata program julung kali diadakan ini bukan sahaja untuk mempromosikan Islam sebagai ‘Rahmatan Lil Alamin’ malahan turut menjemput kaum yang beragama lain untuk turut serta.

“Sebelum ini, pihak masjid turut menjemput orang bukan Islam bagi meraikan beberapa sambutan kerana melalui pendekatan ini turut akan membawa Rahmah dalam kegiatan masjid.

“Festival ini bertunjangkan untuk membina ahli kariah yang bertanggungjawab dalam membangunkan keharmonian ummah, menjadikan masjid sebagai ‘One Stop Centre’ dan tempat aktiviti kemasyarakatan

“Melalui program ini juga, diharapkan dapat melahirkan kecintaan terhadap masjid dan menjadikannya sebagai rumah kedua serta mengukuhkan ikatan silaturrahim dan saling menghormati serta memuouk semangat kejiaranan pelbagai kaum,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Antara acara menarik yang akan berlangsung sepanjang tiga hari adalah Forum Ehwal Islam dan Wacana Ilmu; Exco Halalan Thoyyiban; Program Sukan dan Remaja; Program Wanita Rahmah dan Deco Muslimat; Persembahan Seni dan Kebudayaan Ummatik; Persembahan Taranum Al Haramain dan Selebriti Nasyid; Pameran Agensi Kerajaan dan NGO; Peraduan Mewarna Soopa Doopa Kanak-Kanak; Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan, Program Street Dakwah, Ziarah Rahmah Golongan Asnaf serta Gurai Jualan Makanan Kering dan Basah.

Dalam pada itu, terdapat juga penampilan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Dzulkifli Mohamad Al Bakri pada hari kedua program serta persembahan dari kumpulan nasyid tanah air iaitu Hijjaz serta Heliza Helmi dan Hazwani Helmi bagi persembahan penutupan.

Katanya, beliau berharap agar program di masjid dan surau akan lebih bersifat ‘melimpah keluar’ agar dapat mempengaruhi kehidupan masyarakat di sekitar masjid atau surau berkenaan.

Pihak pengurusan Masjid Muhammad Al-Fateh turut menjemput semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa atau agama untuk sama-sama menjayakan program tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");