Perak Hari Ini

Jangan Sia-Siakan Perjuangan Pahlawan Negara- Ahmad Faizal

IPOH- Bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan 2019, kerajaan Perak mengharapkan rakyat di negeri itu tidak mensia-siakan perjuangan pahlawan terdahulu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata rakyat perlu bersatu hati dan tenaga untuk membina sebuah tamadun yang dihormati kerana hanya cara itu yang mampu memberi keadilan sewajarnya kepada jasa dan pengorbanan para perajurit negara.

“Sebagai rakyat yang cintakan negara, marilah kita berikrar bahawa kita tidak akan sama sekali mensia-siakan jasa pahlawan negara,” katanya daam satu kenyataan.

Sambutan hari pahlawan sepatutnya disambut pada 31 Julai yang lalu tetapi perubahan tarikh penganjuran adalah untuk memberi laluan dan mengelakkan pertindihan dengan beberapa acara untuk Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada 30 Julai dan sambutan ulang tahun Hari Keputeraan rasmi baginda pada 9 September.

Kata Ahmad Faizal, seluruh rakyat jelata selamanya terhutang budi kepada para anggota keselamatan negara yang telah mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan tanah tercinta ini.

“Ramai di kalangan mereka yang gugur dan tidak kurang juga yang menanggung kecacatan kekal akibat tercedera ketika menjalankan amanah mempertahankan keselamatan negara.

“Jangan sesekali kita lupa bahawa segala nikmat keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi sejak lebih enam dekad yang lalu, adalah hasil daripada jerih perih anggota keselamatan dalam melaksanakan ikrar mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");