Perak Hari Ini

Kertas Kabinet Akta Pencemaran Rentas Sempadan Akan Dibentang Dalam Tiga Bulan Lagi – Menteri

SERI ISKANDAR: Cadangan bagi mendraf Akta Pencemaran Rentas Sempadan akan dibawa ke kabinet dalam tempoh masa tiga bulan, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Katanya dalam tempoh itu juga, beliau akan merangka satu kertas hala tuju polisi bagi membolehkan Jemaah Menteri meluluskan draf kewujudan akta tersebut.

“Akta Pencemaran Rentas Sempadan ini akan termasuk jerebu dan pencemaran lain.

“Kewujudan akta ini akan membolehkan kerajaan dapat mengambil tindakan kepada syarikat Malaysia atau individu rakyat Malaysia yang telah melakukan kesalahan di luar negara namun menyebabkan pencemaran di negara sama ada dari segi jerebu, pengairan dan sebagainya.

“Dalam tempoh tiga bulan saya akan menghantar satu kertas kabinet sama ada kabinet bersetuju untuk mendrafkan atau tidak,” katanya

Jelas beliau, sekiranya kabinet bersetuju terhadap cadangan tersebut, pihak kementeriannya akan menerajui usaha menyiapkan draf Akta Pencemaran Rentas Sempadan itu.

Katanya lagi beliau sudah menghubungi pihak Jabatan Peguam Negara bagi mendapat kerjasama dan memperceptkan kerja-kerja menyiapkan draf akta tersebut.

“Kita sudah mengubungi Jabatan Peguam Negara dan kita katakan ini adalah sesuatu yang segera.

“Mereka memaklumkan bahawa jika pihak kabinet telah bersetuju untuk gubalkan satu undang-undang itu dengan secepat mungkin, pihak Jabatan Peguam Negara akan turut bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Eksplorasi Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di Universiti Teknologi Petronas, di sini, hari ini.

Terdahulu, pada awal bulan ini Bee Yin ada mencadangkan agar Malaysia segera mewujudkan suatu akta yang dapat menguatkuasakan undang-undang berkenaan masalah pencemaran seperti jerebu dengan lebih efisyen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");