Perak Hari Ini

Kopmbi Rai Ulang Tahun Jubli Emas

IPOH: Koperasi Pekerja-Pekerja Majlis Bandaraya Ipoh Bhd (Kopmbi) telah menganjurkan majlis jamuan makan malam bersempena dengan sambutan Jubli Emas koperasi berkenaan di sini, baru-baru ini.

Pengerusinya, K Jagathesan Kalimuthu berkata peranan koperasi yang sentiasa membantu ahlinya dan kesungguhan kepimpinan terdahulu telah membawa Kopmbi disenaraikan menjadi antara 100 koperasi terbaik di negara ini dan dianugerahi Koperasi Patuh Syariah tahun lalu.

“Saya amat berbesar hati kerana dapat mengumpul anggota dan menemukan kembali bekas Anggota Lembaga dalam satu sambutan khas yang julung-julung kalinya diadakan sepanjang 50 tahun penubuhan koperasi ini.

“Saya sangat berharap agar majlis kita ini dapat memberi kesedaran untuk kita sama-sama bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikecapi dan merenung kembali sejarah penubuhan Koperasi kita yang unik dan istimewa.

“Perjuangan Jawatankuasa Penaja membentuk kesatuan menghadapi pelbagai rintangan, yang akhirnya berjaya menubuhkan satu entiti bersatu atas nama Koperasi.

“Jasa dan bakti mereka amat besar kepada kita. Jasa mereka sangat berharga, bakti mereka tidak akan dilupakan,” katanya.

Tambah beliau, bermula dengan penyertaan 50 ahli, Kopmbi kini berjaya disertai 1500 orang anggota 2.8dengan jumlah saham terkumpul mencapai RM21 juta.

Katanya, koperasi itu juga mencatat pendapatan sebanyak RM2.80 juta tahun lepas berbanding RM40,000 pada awal penubuhannya.

“Agihan dividen terendah dibayar adalah 5 peratus dan tertinggi pada tahun 2018 iaitu 10 peratus,” kata beliau.

Turut hadir ke program tersebut, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Setiausaha Bandaraya MBI, Mohd. Zakuan Zakaria.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");