Membawang Hari Ini
Like

Netizen Muak Dengan Modal Kulit Gelap Haneesya Hanee

September 11, 2019
193 Views
0 Comments
58 seconds read
Netizen Muak Dengan Modal Kulit Gelap Haneesya Hanee

Meskipun sebelum ini terpalit dengan kontroversi panas, namun ramai gadis diluar sana menjadikan Haneesya Hanee sebagai inspirasi kerana gadis itu banyak memberi semangat buat mereka yang berkulit gelap sepertinya.

Namun begitu, ramai netizen sudah naik muak dengan pelakon tersebut yang tidak habis-habis membangkitkan isu warna kulit. Malah ramai yang berpendapat Haneesya seolah sengaja ingin ‘menjadi mangsa’ dan meraih simpati.

Tidak kurang juga ramai netizen mengatakan macamlah dia seorang sahaja yang berkulit gelap dan kata netizen lagi tiada siapa peduli tentang warna kulit kerana apa yang penting adalah sikap atau peribadi seseorang.

Bagaimanapun, ada netizen mempertahankan pelakon itu dengan mengatakan itu mungkin caranya tersendiri untuk meningkatkan keyakinan diri serta membantu mereka diluar sana yang mempunyai kerisauan sama sepertinya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.