Berita Hari Ini

Polis Johor Siasat Dakwaan Kekasaran Dalam Serbuan Anti-Syiah

PETALING JAYA: Polis Johor sedang menyiasat dakwaan kekasaran terhadap anggotanya dalam serbuan anti-Syiah pihak berkuasa agama Johor pada Isnin malam, lapor laman Malay Mail.

Ketua Polis Johor, Mohd Kamarudin Md Din berkata sebagai tindakan akan diambil jika anggotanya terbabit didapati bertindak kasar dalam operasi pihak berkuasa agama itu.

Bagaimanapun, polis juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika penyiasat mendapati dakwaan itu palsu.

Kamarudin mengesahkan polis menerima 3 laporan mendakwa anggotanya tidak mematuhi tatacara operasi standard dalam serbuan Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) di sebuah rumah di Taman Bukit Kempas, Johor Bahru.

Saksi-saksi memberitahu FMT mengenai layanan kasar yang didakwa dialami pengikut Syiah yang ditahan dalam serbuan ke atas sebuah acara tertutup sempena hari Asyura itu, termasuk dakwaan pistol diacu pada seorang warga Yaman.

Seorang saksi juga mendakwa polis sudah melangkaui bidang kuasa apabila mengambil bahagian dalam tangkapan, mengatakan tugas mereka hanyalah untuk menjaga keamanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");