Perak Hari Ini

Pusat Khidmat Dun Bakal Bantu Rakyat Setempat

GERIK- Kerajaan Pakatan Harapan bertekad akan membantu golongan rakyat yang memerlukan bantuan dari segi perkhidmatan yang terbaik.

Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, usaha penubuhan pusat khidmat Dun adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan berkenaan.

“Saya harap dengan adanya pusat khidmat seperti ini, dapatlah kerajaan PH membantu golongan rakyat di kawasan ini kerana lebih mudah untuk kerajaan berkerjasama dengan Penyelaras Dun PH dalam usaha untuk memberikan kebajikan dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat Penyelaras DUN Temenggor, Gerik, disini, semalam.

Kata beliau, pihaknya mendapati hampir kesemua pusat khidmat Dun telah beroperasi kecuali di Dun Pengakalan Baru yang mana masih belum ada sebarang lantikan tetapi kerajaan negeri akan memikirkan cara terbaik untuk memegang jawatan tersebut.

“Namun usaha untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat boleh dibuat melalui pusat khidmat DUN Pantai Remis,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");