Perak Hari Ini

Saya Redha Dan Tidak Menyalahkan Mana-Mana Pihak- Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir

IPOH- Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas insiden yang menimpa arwah suaminya.

Nour Shafina redha dengan pemergian Allahyarham suaminya yang meninggal dunia dipercayai terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas kejadian yang terjadi dan saya redha dengan ketentuan ilahi.

“Saya juga mengganggap perkara ini adalah satu kemalangan semasa latihan kerana mereka sama-sama penembak tepat,” katanya ketika ditemui pemberita kediaman ibunya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Nour Shafina hanya terbayang nasib kandungan yang baru diketahuinya dua hari selepas pemergian Allahyarham Mejar Mohd Zahir.

“Dua hari arwah tiada, ada kawan-kawan tengok saya, dia kata ” Eh Ina mengandung ke?”, saya pun tak duga perkara ini tetapi tengok keadaan badan memang rasa lain berat saya pun naik sehinggakan doktor kaunseling saya datang dan menegur katanya saya mengandung.

“Saya kuatkan hati, saya uji kehamilan, saya tengok alhamdulillah memang saya mengandung cuma arwah lah yang tak sempat tahu berita gembira ni,”katanya.

Terdahulu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli menziarahi balu Allahyarham di Taman Perpaduan, Ulu Kinta, di sini, hari ini.

Tuanku Zara yang tiba pada jam 12.30 tengahari, berkenan meluangkan masa hampir 30 minit bertanya khabar keadaan Nour Shafinar dan keluarganya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");