Berita Hari Ini

Siasatan Gangguan Operasi KLIA Dalam Peringkat Akhir

SHAH ALAM – Polis kini dalam peringkat akhir siasatan berhubung kes gangguan rangkaian operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akhir Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya kini hanya menunggu laporan teknikal daripada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia (CyberSecurity) dan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita akan lihat sama ada benar wujud sabotaj dalam kes tersebut atau sebaliknya.

“Kita berharap dalam menyelesaikan siasatan ini secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas beliau, setakat ini seramai 70 individu telah dirakam keterangannya berhubung kes tersebut.

“Tiada tangkapan baharu selepas tiga individu sebelum ini yang dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Pada 21 Ogos lalu, kegagalan sistem Sistem Pengurusan Keseluruhan Lapangan Terbang (TAMS) di KLIA  telah menjejaskan fungsi utama seperti sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi.

Dalam perkembangan berlainan, Noor Azam menjelaskan kertas siasatan berhubung kes Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak didakwa terlibat dalam kes rusuhan bersenjata di Kompleks Sukan Arena All Stars, Taman Dagang Permai, Ampang, sebelum ini telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu ini lapor Kosmo Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");