Panasnya Hari Ini

Terserah Kepada DAP Perak Untuk Atasi Konflik Dalaman, Kata Guan Eng

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menjarakkan dirinya daripada laporan mengenai krisis dalam kalangan pemimpin DAP Perak dengan berkata, terserah kepada kepimpinan parti negeri itu untuk mengatasi konflik yang berlaku.

“Kita serahkan kepada jawatankuasa negeri untuk menyelesaikannya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan platform 1Utama 1PAY E-wallet dan ONESHOP E-Commerce di sini.

“Boleh kita tumpu kepada isu Kementerian Kewangan?”

Lim menjawab pertanyaan berkaitan laporan mengenai perselisihan dalaman DAP Perak yang menyaksikan 2 orang pemimpinnya meletakkan jawatan semalam berikutan pertikaian dengan pengerusi DAP negeri tu Nga Kor Ming berkenaan status Paul Yong sebagai anggota Exco kerajaan.

Yong kini bercuti bagi menghadapi perbicaraan kes rogol.

Menurut laporan Malaysiakini, bekas penolong bendahari Leong Cheok Keng dan penolong setiausaha Leow Thye Yih dalam satu sidang media semalam mendakwa bahawa Nga gagal berunding dengan kepimpinan DAP negeri sebelum memutuskan Pakatan Harapan (PH) Perak mempunyai kata putus ke atas Yong.

Leong merupakan peguam Yong dan juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar.

Lim yang juga merupakan menteri kewangan turut disoal mengenai janji kerajaan untuk mengembalikan royalti minyak kepada Sarawak.

Beliau berkata, kerajaan akan menunaikan janji pilihan rayanya untuk membayar royalti minyak 20% kepada negeri, tetapi menambah pada masa ini ia tidak dapat berbuat demikian kerana kerajaan lepas telah menyebabkan “sejumlah besar dana dibazirkan”.

Katanya, negara kehilangan kira-kira RM150 bilion dalam skandal 1MDB dan beberapa yang lain, namun memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengumumkan langkah yang menunjukkan komitmennya kepada Sabah dan Sarawak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");