Berita Hari Ini

Suami isteri hisap syabu untuk fokus kerja dan seronok

TUARAN: Ambil syabu untuk fokus kerja dan keseronokan.

Itu alasan pasangan suami isteri yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam Op Cegah di daerah ini, semalam.

Dalam operasi enam jam bermula jam 9 malam itu, pasangan berusia 45 dan 33 tahun ditahan di rumah keluarga mereka di Kampung Tambalang, di sini, selepas kedua-dua mereka gagal ujian saringan kencing.

Ketua Pegawai AADK Tuaran, Asraf Hafiz Ruslan, berkata pasangan suami isteri itu antara sembilan individu yang ditahan dalam serbuan di enam lokasi di daerah ini.

Katanya, soal siasat mendapati pasangan itu mengaku baru saja menagih syabu kira-kira jam 11 malam di dalam bilik tidur mereka.

“Mengikut rekod, wanita itu juga pernah ditahan kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan pernah diberi dua tahun pengawasan pada tahun 2016.

“Pasangan terbabit bersama tujuh individu yang ditahan didapati positif dadah jenis syabu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Asraf berkata, semua yang ditahan berusia 19 hingga 50 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi AADK Tuaran di talian 088-788336 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");